hit me....

Saturday, 1 December 2018

Trowback 2017 part 1

Salam..
Post kali ni nk trowback 2017 punya moment yang xdpat kami lupakan ...

Hari keluarga di homestay...

Bukan satu bnde yg mustahil, terima kasih kepada keluarga yang sungguh sporting ini kerana sudi menginap di homestay kami...homestay kami mempunyai kawasan lapang yang sngat luas..anda boley melakukan pelbangai aktiviti sukaneka disini..


Tidak lengkap laa family bonding kalau xde sesi ber bbq di homestay kami...tempat bbq yang sangat selesa da besar..macam2 boley di bbq kan...seronok kalau beramai ramai melakukan pelbagai aktiviti bersama..




Homestay di muar, homestay di batu pahat, homestay di parit jawa, homestay di parit yusop, homestay di sungai sudah, homestay, kampung, muar, batu pahat, johor

Tuesday, 14 August 2018

Madu kelulut

Seperti yang sedia maklum kami sememangnya kami menawarkan khidmat penginapan ,selain itu kami juga ade menternak madu kelulut dimana ianya menjadi salah satu tarikan di homestay kami..pengunjung dapat melihat sarang lebah kelulut asli yang kami usahakan..kami mempunyai lebih 10 biji sarang lebah kelulut asli ini..




Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis.[1] Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti AustraliaAfrikaAsia tenggara, dan kawasan tropika Amerika

Lebah kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi, lebih asid fenilpropanaoik,asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang mana sangat berguna dalam bidang perubatan. Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa serta mudah dimakan.
Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah


Diabetis mellitus
Kencing manis
Strok
Hepatitis (Hati),
Kanser
Hipertensi (Darah Tinggi)
Batu Karang
Antara khasiat lain :-
Batuk/Demam dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
Meningkatkan metabolisme badan
Menambahkan tenaga batin
Menjaga kecantikan
Menguatkan wanita yang baru bersalin
Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman
Mengawal paras Gula dalam darah
Merawat masalah pernafasan
Mengubati radang sendi (arthritis)
Mengubati jangkitan pundi kencing
Menyembuhkan Ulser
Menjaga kesihatan mata
Mencegah pembuluh darah tersumbat
Menyembuhkan gout
Mengubati sakit perut dan cirit birit
Menguatkan Jantung
Melancarkan peredaran darah
Mengatasai tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah
Mengatasai keletihan
Menyembutkan luka dalam perut
Penyegar stamina
Menyengah ketumbuhan dalam badan
Melancarkan masa menstruasi (Haid)
Mengatasi radang larinks (kerongkong )




Hasil dari tuaian madu lebah di homestay kami..ianya sememangnya original .. Di bawah adalah video semasa sedang mengambil madu kelulut ini..lebah ini tidak menyengat dan juga tidak merbahaya.. Kepada yang berminat bolehlah datang ke homestay kami untuk melihat ataupun membeli madu kelulut ini kerana ianya mempunyai 1001 khasiat...






Homestay di muar, homestay di batu pahat, homestay di parit jawa, homestay di parit yusop

Monday, 13 August 2018

Assalamualaikum...

Lame sangat dah x post dlm blog ni...alhamdulillah customer yang menginap di homestay kami semakin bertambah dari hari ke hari mengikut musim..semakin ramai yang mempercayai dan berminat untuk menginap di homestay kami ini...

Alhamdulillah...kami sudah pn menambah rumah homestay kami yang ketiga..homestay kami yang ketiga ini lain dari homestay2 yang sebelun ini..kami menerapkan eleman kampung untuk homestay ini..almaklumlah menginap di kawasan kampung..semestinya ingin merasai kembali kenangan lama2 dulu semasa di rumah kayu..namum begitu keselesaan tetap menjadi keutamaan kami..setiap bilik dibekal penghawa dingin...dimana pengunjung tetap akan selesa walaupun di rumah papan..

Idea untuk homestay ini datangnye dari big boss kita yang mana, pertukangan homestay kayu ini juga sebahagian besarnya hasil titik peluh big boss juga...dapat merealisasikan idea tentang rumah kayu ini..dan kerana itulah homestay kayu ini diberi nama homestay ayahanda...



Bersambung....



Wednesday, 18 March 2015

homestay baru.....

Assalamualaikum.....
Alhamdulillahhh...dengan izinNya kami telah berjaya menambah sebuah lagi homestay until menampung permintaan dari pelanggan kami...homestay yang ke 2 ini bakal beroperasi pada bulan 5 nanti Insyaallah...semoga segalanya berjalan dengan lancar...

homestay ke 2 ini juga mempunyai 4 bilik yang lengkap dengan bilik air, serta kemudahan aircond di setiap bilik. Dapur juga di sediakan, ruang tamu yang selesa..


MENGHADAPI MASALAH PENGINAPAN, HENDAK MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN atau
MELANCONG?
Kami sedia membantu untuk keselesaan penginapan anda.Rumah yang luas dan
selesa . Harga kami sangat ekonomi.
TERATAK WARISAN MSL HOMESTAY

alamat:
No. 161 kg Sungai Sudah,
83610 Sg Balang, Semerah,
Batu Pahat , Johor

Hubungi Kami...
yana
no tel/whatsap : 018-3686232

no telefon : 012-6012769

Md salleh : 019-3893346

aini : 013-9609929

email : mslplantation@gmail.com